Tuesday, November 2, 2010

Keju Haram Atau Meragukan..?

Keju menjadi makanan kegemaran yang dimakan bersama roti ataupun ramuan kek. Apakah bahan yang dicampur ketika penghasilan keju?
Kaedah menggumpal susu yang paling biasa dan lazim menggunakan persediaan enzim , dipanggil renet yang biasa diperolehi daripada perut anak lembu.Permintaan tinggi menyebabkan pengeluar mengambil enzim pepsin daripada perut babi. Enzim-enzim ini menukarkan susu cair kepada bentuk pejal. Kaedah campuran renet anak lembu dan pepsin babi diguna secara meluas di Amerika.
Pertikaian berlaku ialah sumber renet itu ? Renet boleh diperolehi daripada binatang , sayuran ataupun mikrob. Daripada ketiga-tiga sumber ini yang paling popular dan menghasilkan perisa sedap adalah sumber binatang. Untuk mendapatkan renet anak lembu , ianya perlu disembelih...boleh pastikah anak lembu ini disembelih mengikut syariat? Memang harus difikirkan...

Monday, November 1, 2010

Rokok...

Berita Harian Sabtu , 30 October 2010 , muka surat 37memaparkan fakta...antaranya;
1.Satu daripada 2 perokok akan mati lebih awal disebabkan penyakit berkaitan merokok.Merokok membunuh kira-kira 5,000 rakyat Malaysia setiap tahun.

2.Asap rokok mengandungi hampir 4,000 bahan kimia dan 50 daripadanya boleh menyebabkan kanser.

3.Hampir 40 penyakit berkaitan merokok , antaranya kanser , sakit jantung,penyakit paru-paru kronik,strok , ulser di bahagian lapisan kulit perut .

4.Mereka yang tidak merokok kurang mendapat batuk, selsema dan penyakit pernafasan yang lain.

5.Rambut dan pakaian tidak berbau asap rokok.

6.Menjimatkan wang dll.

Saturday, October 30, 2010

ROKOK...merata tempat boleh dibeli secara halal asalkan 18 tahun ke atas..

Rokok mudah didapati di semua premis makanan ataupun runcit. Tanpa rokok tidak sahlah suatu perniagaan runcit tersebut. Fatwa Kebangsaan telahpun menfatwakan rokok itu haram pada tahun 1995 lagi namun..penguatkuasaan undang-undang hanyalah melepas batuk di tangga. Inilah sikap umat Islam yang memberikan kesan buruk kepada yang lain. Terdapat juga kalangan penguatkuasa undang-undang sendiri yang merokok ..jadi bagaimana?
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia ke 37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 sebulat suara membuat keputusan bahawa merokok adalah HARAM dari sudut pandangan Islam.

Klik di sini
Namun fatwa ini diketepikan begitu sahaja oleh orang Islam , bahkan yang bertugas di Jabatan Agama , Guru Agama Islam sendiri mempersendakan fatwa tersebut ...apakah hukumnya mempersendakan hukum agama...?Tepuk dada tanya iman...?

Fikir-fikirkanlah....

Wednesday, January 9, 2008

Lilin Mi Saluti Usus

Itulah tajuk berita Kosmo Ahad 11 November 2007 lalu , sekali pintas menggambarkan betapa bahayanya mi. Pengambilan mi segera secara berturut-turut 3 hari akan menyebabkan gangguan usus.Fungsi saluran usus akan terganggu.Penyelidik Jepun ada mendapati dalam kajian mereka mi segera mengandungi sejenis bahan menyerupai lilin , dimana pengambilan mi berterusan menyebabkan usus terganggu dalam proses penyerapan bahan nutrien penting makanan yang lain.Lapisan lilin itu semakin menebal dan bertahan selama berminggu-minggu.
Lilin tersebut adalah lemak tepu atau lemak trans yang padat. Lemak tersebut cair ketika panas namun menjadi beku apabila berada dalam usus.
Garam , MSG ( monosodium glutamat ) dan perisa tiruan akan terperangkap dibawah lapisan lilin tersebut.Ini memberi kesan lebih teruk kepada kesihatan.

RISIKO KANSER USUS ADALAH TINGGI UNTUK PENGGEMAR MI SEGERA.
JAUHI MI SEGERA..

Thursday, November 15, 2007

Lelemak

Lelemak berfungsi untuk melembut dan melemakkan makanan. Agen pelemak yang biasa digunakan adalah lemak babi , lemak lembu dan mentega. Lemak babi pilihan utama kerana harganya murah.Kebanyakan lelemak diperolehi dari luar negara. Namun begitu penggunaan lelemak lembu masih dipertikai halal haramnya bagaimana ianya disembelih atau tidak.
Kebayakan makanan yang menggunakan lelemak seperti biskut dan kek.

Tuesday, November 13, 2007

L-Cysteine




L-Cysteine adalah ramuan dalam makanan yang dibenarkan oleh kerajaan.Menurut Jadual Kesebelas Peraturan Makanan 1985 , bahan ini dibenarkan penggunaannya dalam tepung gandum dan tepung berprotein tinggi untuk membuat roti.
L-Cysteine sejenis asid amino yang digunakan di dalam makanan , ubatan dan kosmetik.Ia juga digunakan sebagai komponen membuat bahan perisa berdaging ayam ataupun lembu.Ia tidak disenaraikan sebagai bahan ramuan didalam label kerana tidak dianggap sebagai penambah makanan cuma bantuan dalam pemprosesan makanan.
80% L-Cysteine dunia diperolehi daripada Negeri China , dengan menggunakan rambut manusia dan bulu ayam.
Rambut manusia kaya dengan sebatian L-Cysteine dan L-Tyrosine.Dalam rambut manusia terdapat kira-kira 14% L-Cysteine.
Menurut Mufti Perak , Dato' Seri Dr Haji Harussani Bin Haji Zakaria , setiap bahagian tubuh manusia mulia , dan tidak boleh diperlakukan sewenangnya. Setiap bahagian tubuh manusia haram dimakan.

Monday, November 12, 2007

Monosodium glutamate ( MSG )

Ia adalah bahan penambah perisa , sebatian hablur putih diperolehi secara tradisi daripada rumpai laut . MSG tidak menambah perisa cuma mengubah suai rasa dalam makanan itu.
Pada hari ini ianya tidak diambil daripada rumpai laut , tetapi melalui proses penapaian canggih dengan menggunakan kanji sebagai medium pembiakan ibunya. Di Malaysia kanji ubi kayu digunakan.
Bahan yang menimbul kontroversi ialah Bactosoytone , nutrein yang digunakan untuk membiakkan bakteria yang akan digunakan sebagai medium pembiakan ibu dalam proses penapaian.
Bactosoytone dihasilkan apabila protein soya diuraikan oleh enzim yang diekstrak daripada pankreas babi.Pengharaman berdasarkan jika ianya bersumber babi.